Tuesday, February 24, 2009

Dalam Bahasa Ibundaku

Assalamu’alaikum,

Rasanya ini ialah kali pertama aku tulis dalam bahasa ibunda kita. Bukannya apa, hari tu aku dah kena panggil dengan ketua jabatan tempat aku kerja ni. Dia kata, ada orang bagitau dia, tulisan aku ni terlalu banyak sangat yang aku cerita pengalaman-pengalaman kerja kau kat negara Parsi, Mesir dan Paki tu. Katanya lagi, diorang bukan nak kawal benda-benda yang peribadi macam tulisan aku tu, tapi sebab ada banyak maklumat yang aku tulis tu terlalu terperinci dan diorang takut aku tercerita rahsia syarikat pulak. (Hehehe.....aku ingatkan takde orang baca blog aku ni, glamer pulak rasanya. Tapi nasib baik tak kena ISA)

Lagi pun syarikat tempat aku kerja ni ada polisi berkenaan benda-benda yang berkenaan dengan rahsia syarikat. Jadi, aku sebagai pekerja yang setia kepada syarikat pun mulakanlah kerja-kerja menyunting tulisan-tulisan aku yang terdahulu. Jadi, aku dah padamkan nama-nama khas yang tertentu yang boleh mengakibatkan “rahsia” syarikat bocor kepada pesaing-pesaingnya. Tapi nanti nak kena periksa balik, kut-kut ada yang aku tertinggal atau terlepas pandang.

Semalam Pengarah Urusan kat sini ada hantar email kat semua pekerja. Dia bagi tau ada pertukaran kakitangan akan berlaku dalam masa satu atau dua bulan akan datang ni. Semuanya melibatkan kakitangan dari negara matahari terbit tu la.

Ada sorang tu daripada syarikat asal aku kat tanahair. Aku memang kenal sangat dia ni sebab sebelum aku datang sini dulu, aku menjalani latihan kat jabatan dia. Lagi pun dia selalu gak pergi ke negara Parsi tu sebab kerja... (tapi ada orang kata sebab nak kumpul “Batu Ke Angkasa”). Dia akan ditukarkan ke negara Parsi bulan empat ni. Kerja dia nanti ialah mungkin lebih kurang dengan apa yang aku tengah buat sekarang ni la.

Jadi, ada beberapa kemungkinanlah lepas ni:

Satu, samada diorang akan suruh aku lapor kat dia. Atau, dua, aku masih lagi lapor kat ketua aku kat sini tapi jadi machai kat negara Parsi tu secara tak rasmi. Dan, tiga, dia akan ganti aku dan aku akan dihantar balik ke tanahair.

Apa-apa pun aku memang dah bersedia dalam segala aspek. Apa yang akan berlaku lepas ni aku serahkan kepada Allah, Yang Maha Mengetahui. Kalau ditakdirkan kena suruh balik, aku balik je lah. Susah apa, kan? InsyaAllah kerja masih ada kat syarikat asal aku di tanahair tu, kan? Atau pun kalau ditakdirkan dah takde kerja lagi kat situ, insyaAllah, Allah akan bantu aku dan keluarga aku. Rezeki tu bukan di tangan manusia, tapi di tangan Allah. Dia yang menguruskan segalanya dan Dia tahu apa yang baik dan buruk untuk hamba-Nya.

Pendek kata, apapun yang akan berlaku, aku dan keluarga aku akan hadapi dengan tabah dan dengan hati yang terbuka. Hidup mesti diteruskan.

Tapi aku rasa sedih jugak tengok ramai kengkawan yang akan meninggalkan negara “kaya” ni. Takpe lah ye, insyaAllah rezeki ada di mana-mana. Cuma kena usaha je lah. Dan insyaAllah, nanti kita akan jumpa lagi kalau ada kesempatan dan umur yang panjang.

Buat masa sekarang ni, kita kena tengok apa yang ada di depan kita dan berjuang macam biasa.

InsyaAllah, bantuan-Nya tetap akan tiba.

Wassalam dari Dubai, UAE

P/S: Tadi aku dah jumpa dengan Pengarah Sumber Manusia syarikat aku ni. Semestinya dialah orang yang paling tahu pasal benda-benda ni dan dia ni boleh tahan jugak baik orangnya. Dah banyak dia bantu aku dan kakitangan yang lain. Dia bagitau aku, jangan risau, kalau ada apa-apa yang berlaku, diorang akan potong belanja untuk benda lain dulu dan aku dengan sahabat aku ni ialah orang-orang yang paling akhir sekali yang akan terlibat. Kalau betul, Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya aku dapat lagi berkhidmat di sini lagi setahun (aku sain kontrak untuk dua tahun). Lagipun banyak lagi benda dan tempat kat bumi Allah yang gersang kat sini yang aku sekeluarga belum teroka. Apahal pun memang kena sedia la. Pengalaman aku dah hampir tiga belas tahun berkhidmat kat syarikat ni... selalunya benda-benda boleh bertukar sekelip mata je. Jadi, doa-doakan lah ye.

4 comments:

  1. Kau tulih yo dalam bahaso ghombau, gerenti tak ghamai oghang paham.

    ReplyDelete
  2. Ok...nanti entry Angah tulih dalam loghat Ghombau....hehehe

    ReplyDelete
  3. tapi kono hati2 pilih words sobab ado wordings dlm loghat ghombau bawak maksud lain dlm loghat tompek lain..kang oghang salah interpret pulak

    ReplyDelete
  4. salam bro,

    first time masuk your blog dan dapat tau yang bro dah kat dubai (SONY) ..tahniah.

    Sharizal Nasri
    Dato Onn
    8690

    ReplyDelete