Wednesday, October 27, 2010

Khoda Hafez FB

Khoda Hafez, literally means "May God Protect You" in Farsi... It's a common farewell greeting in Iran where I used to spend a lot of my professional life while in the Middle East. When you say it, it means you are saying "Goodbye"... So, Goodbye FB.
I'm not sure whether I'm going back or not but as for now I want to go back to blogging.
I have a lot things on my mind that FB just can't cater. And I want to be free expressing my thoughts and feeling... in my own web-space.
A few of the people who are close to me (including my sister) testified that they felt more "relieved" once they quit FB-ing. I want to feel that too.
So, from now on, this web-log will come alive again... Cherios!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device

Sunday, October 24, 2010

Bracing For FB Withdrawal Syndrome

Eversince I got active with the social network called Facebook (FB), this blog has becoming more and more dormant. FB has been taking up and occupying plenty of my precious time.
I think it's high time for me to bid my FB account farewell and return back to blogging. I have been reading some of my past blog entries and they actually sound very good (hehehe).
I also have readers who like my blog and I don't even know them. I'm not actually much of a writer (not like my sister) but I like to write and express how I feel. I suck at verbally expressing my thoughts and feelings.
To begin with, I have already deleted the FB application in my BlackBerry. I am giving myself until the end of this month before deactivating my FB account.
What about all my FB friends? Hey, FB is not the only way we can communicate... There're other ways... Text messages, emails, phone calls, GoogleTalk and, if they own a BlackBerry, BB Messenger. I can even install a ChatBox in my blog.
So, one more week of FB, then I'm gone from that virtual network.


Sent from my BlackBerry® wireless device

Friday, October 15, 2010

15 years ago

Date: 15th October 1995
Time: Between 3-4pm
Place: Wincell field, Wincell Rd off Fulton Avenue, Sacramento, Ca

Incident: Sports injury - twisted right knee causing damage to interior meniscus and ligaments.

Impact: The end of my footballing "career", and also all kinds of contact sports. The beginning of the "horizontal expansion" process.

Sent from my BlackBerry® wireless device

Saturday, October 02, 2010

Satu Revelasi

Assalmualaikum dan Salam Sejahtera...
Rasanya dah lama betul laman blog ni tidak terusik... entri yang terakhir bertarikh 28 April 2010... beberapa hari sebelum berangkat balik dari Dubai.
Hmm, sebut pasal Dubai ni, masih ingat lagi pertanyaan seorang sahabat di Dubai pada hari terakhir kami kat Dubai.
"Apa pengalaman pahit dan manis di Dubai?" tanyanya.
Masa tu tak pasti apa yang harus dijawab... banyak kenangan pahit dan manis di Dubai khususnya dan UAE amnya.
Rasanya pengalaman yang manis ialah dapat berkenalan, bersahabat dan ber"saudara" dengan warga-warga malaysia di Dubai dan UAE. Sebelum tiba di Dubai, tak pernah lagi jumpa satu masyarakat Malaysia yang betul-betul rapat antara satu sama lain... betul-betul 1Malaysia... hehehe. Perhubungan rapat tu berevolusi dari kenalan ke sahabat ke saudara ke kerabat. Bak kata pepatah, cubit peha kiri satu badan rasa sakit.
Tapi, pengalaman yang pahit pun ada... dan sebahagian besarnya menjadi sebab-musabab kenapa aku ambil keputusan untuk balik ke Malaysia dan tak sambung kontrak kerja.
Biarlah aku mulakan cerita macam ni.... bagi aku bila kerja, kena proffesional... walaupun aku tak suka kau, tapi kerja dan personal kena ada sempadan.
Sejak mula aku jejak kaki ke Dubai dan jumpa ketua jabatan tempat aku kerja tu pun aku dah boleh rasa. Tapi rasanya keadaan jadi lebih teruk bila ada Ex-pat Negara Matahari Terbit (BG) dari ofis di Malaysia transfer ke Dubai pada awal 2009. Dia ni memang dah dikenali ramai sebagai seorang yang suka main tikam belakang. Aku dah dapat rasakan sesuatu yang tak berapa diingini akan berlaku. Kebetulan dia di"station"kan di negara Parsi tempat aku selalu pergi untuk urusan kerja. Bila kerja di sana tu... kebebasan dan kreativiti aku jadi terhad sebab dah ada si BG ni... apa yang aku buat semuanya tak ok... sampai kat depan pekerja kat sana pun diboleh malukan aku, seolah-olah aku tak pandai buat kerja.
Bila balik ke ofis di Dubai, setiap bulan akan ada mesyuarat untuk present results bulanan. Bila aku present result yang bagus untuk kilang-kilang yang aku lawati, semua (termasuk si Ketua Jabatan dan MD) puji si BG ni. Seolah-olah selama setahun sebelum ni aku tak buat apa-apa. Bila datang je BG ni, semua jadi perfect.
Si Ketua Jabatan aku ni (YT) muda dari aku setahun, tapi takde respect langsung (dan aku pun tak respect kat dia). Seperti kebanyakan orang dari negara dia, dia ni kuat mabuk dan kaki perempuan (ni kena bukak satu entri lain), tapi tu biarlah.... dia punya pasal. Yang aku rasa tak bestnya ialah bila di ofis di Dubai, aku rasa macam orang asing pulak. Nak kata aku orang Malaysia, yang sorang lagi sahabat yang datang dari ofis Malaysia pun orang Malaysia jugak. Aku tak faham apa yang dia "jaki" sangat dengan aku. Dia amat-amat jarang sekali cakap dengan aku (kecuali kalau nak "belasah" aku) apatah nak bergurau, kalau ada apa-apa aktiviti yang melibatkan jabatan, aku selalu ketinggalan (contohnya bila ambil gambar jabatan dengan cermin mata 3D, semua orang ada kecuali aku).
Semua ni meyebabkan aku rasa terlalu tak sedap untuk terus kerja.
Tapi "the ultimate" datang bila YT panggil aku dah bagitau dia dapat informasi, dari "sumber yang dirahsiakan", yang bila aku pergi urusan kerja ke negara-negara Mesir dan Parsi aku selalu curi tulang. Tu lah yang dikatakan orang putih "the straw that breaks the camel's back". Memanglah cara kerja aku tak pulun... aku work smart... kerja teruk-teruk tanpa results tak guna. Dia pertikaikan aku selalu balik kerja awal bila di negara-negara ni. Dia pertikaikan aku selalu duduk ofis je dan "tak turun padang". Dia pertikaikan aku sampai di Dubai awal dari negara-negara ni tapi terus balik rumah dan tak pergi ofis. Sebenarnya, dia pun buat benda yang sama... takde pulak orang pertikaikan? Kalau dia boleh buat, kenapa pulak aku tak boleh? Bukannya kerja aku tak siap... dan mana-mana kerja yang tak siap, aku plan untuk siapkan bila aku pergi lagi ke sana atau aku "assign" orang di sana untuk buat dengan "guidance" daripada aku.
Kemudian dia melalutlah bab family aku yang company support (rumah, utiliti dan anak-anak sekolah company support). Yang ni memang masa sebelum pergi lagi diorang (ofis Malaysia dan Dubai) dah cuba pujuk aku supaya tak bawak family. macam-macam diorang kata.... anak-anak susah nak dapat sekolah la, susah nak sesuaikan diri la, nanti isteri aku boring la dan bermacam-macam lagi. Agaknya sebab pujukan tak berhasil, aku masih berkeras nak bawak family, maka diorang berkomplot untuk buat aku tak sambung kontrak.... WaLLahu a'lam.
Kemudian faktor gaji.... cuma tinggi sikit dari gaji aku di Malaysia... dan 70-75% kena hantar balik Malaysia untuk bayar bill-bill di Malaysia dan gaji aku di Malaysia bukannya banyak... kurang dari RM5k je. Bayangkan duduk Dubai dengan duit tunai macam tu... kalau takde duit elaun kerja luar negara, tak tau lah family nak makan apa.
Tapi bab ada orang tikam belakang nilah yang membuat aku tawar hati untuk sambung kontrak lagi. Dah la belakang kena tikam, salah seorang yang menikam tu pulak dapat semua puji-pujiannya. Bukan aku kebulur untuk dipuji pun, tapi sekurang-kurangnya bagilah kredit sikit. Takkan takde langsung kontribusi aku sebelum yang layak dapat kredit? Teruk sangat ke aku ni?
Sorang lagi yang menikam tu aku tak pasti identitinya tapi warga Malaysialah jugak. Sebab si BG ni jarang-jarang ke Mesir... dia boleh kata 98% di Parsi je. Tapi aku boleh agaklah sapa yang tikam aku kat Mesir tu... sebab bila aku jumpa dia di ofis Malaysia, dia buat muka "cam hampeh!!!" dia... serious, muka dia memang cam hampeh!!!.
So, cukuplah 2 tahun. sekurang-kurangnya keluarga aku merasa hidup di rantau orang, anak-anak aku merasa sekolah di sekolah antarabangsa, isteri aku merasa jadi surirumah sepenuh masa dan kami dapat berkenalan, bersahabat, bersaudara dan berkerabat dengan warga-warga Malaysia di sana.
Lagipun di Malaysia sekurang-kurangnya aku dekat dengan Mak dan Ayah (kandung dan mertua) yang semakin berusia. Kalau apa-apa hal senang nak balik kampung.
Tapi kalau ada rezeki dari Allah, aku masih lagi berminat untuk kerja di luar negara...mungkin di Dubai semula....mungkin di tempat lain....semua tu aku serahkan kepada Allah....
Bila di luar, fikiran dan minda kita lebih terbuka.... kita dapat tengok negara kita dari perspektif orang luar....
Tapi buat masa ni biarlah di Malaysia dulu.