Showing posts with label Goodbye FB. Show all posts
Showing posts with label Goodbye FB. Show all posts

Saturday, December 20, 2014

Kurangkan FB, Lebihkan Blog

Assalamualaikum,

Mungkin telah lebih sedikit daripada setahun sejak saya menulis apa-apa di dalam ruangan ini. Sebelum update tentang rancangan untuk kembali semula ke Tasik Banding, tulisan yang terakhir ialah di hujung tahun 2013.

Saya telah dan memang berkira-kira untuk tidak aktif lagi di FB. Mungkin saya akan melawat dinding FB saya dari masa ke semasa dan berkongsi apa-apa informasi yang saya fikirkan bermanafaat kepada sahabat-sahabat, tapi saya rasakan kurang selesa untuk meng-update perkara-perkara peribadi. Sebab yang utamanya ialah FB adalah ruangan yang terlalu terbuka. Apa-apa yang ditulis di sana akan dapat dilihat oleh orang lain. Samada dia baca atau tidak itu perkara lain.

Jadi ruangan blog ini bagi saya adalah lebih baik untuk berkongsi perkara-perkara yang peribadi. Maksud peribadi itu ialah perkara yang berkenaan dengan keluarga, yang tidak sepatutnya dikongsi secara terbuka. Tidak semua "friends" di laman FB mempunyai fikrah yang sama dengan kita, dan tidak semua mempunyai nilai hidup yang sama juga. Akan tetapi semua yang kita share atau post di sana akan dapat mereka lihat. Jika ada sharing & posting yang tidak "sepakat" dengan fikrah dan nilai mereka, maka akan menimbulkan rasa kurang enak.

Di ruangan ini, kita tidak perlu menyuap informasi, sharing & posting kepada orang lain. Sesiapa yang ingin baca, maka mereka kena pergi ke link untuk ke blog tersebut dan baca apa yang mereka mahu baca sahaja. Bukannya terpaksa men"jamu" mata kepada posting peribadi yang kadang-kala boleh membuatkan orang lain rasa meluat.

Jadi, lebih kepada blog dan kurangkan FB.... insyaAllah istiqamah.


BaarakAllahu fiikum


p/s: Tulisan di dalam blog saya akan bercampur di antara BM, BI dan kadang-kala BA.... :-)

Wednesday, October 27, 2010

Khoda Hafez FB

Khoda Hafez, literally means "May God Protect You" in Farsi... It's a common farewell greeting in Iran where I used to spend a lot of my professional life while in the Middle East. When you say it, it means you are saying "Goodbye"... So, Goodbye FB.
I'm not sure whether I'm going back or not but as for now I want to go back to blogging.
I have a lot things on my mind that FB just can't cater. And I want to be free expressing my thoughts and feeling... in my own web-space.
A few of the people who are close to me (including my sister) testified that they felt more "relieved" once they quit FB-ing. I want to feel that too.
So, from now on, this web-log will come alive again... Cherios!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device