Wednesday, November 04, 2009

Tangkap!!!

Sedih betul bila dengar berita penangkapan Dr MAZA dua-tiga hari lepas.
Bukannya sedih sebab dia kena tangkap, tapi sedih dengan apa yang berlaku selepas tu. Penjelasan oleh pihak yang menangkap, pendedahan yang beliau tiada tauliah atau kelulusan yang membolehkan beliau berceramah dll.
Nampak sangat macam ada sesuatu di belakang semua ini. Hmm, tak tau nak cakap apa.
Tapi kalau betul beliau tipu sijil ijazah tu, takkan la dua universiti ternama di Malaysia boleh luluskan beliau untuk sambung belajar atau ambil beliau sebagai pensyarah... Dan macamana dengan Tuanku Raja Perlis yang lantik beliau sebagai mufti dulu?
Banyak persoalan timbul dari episod ni.
Sebagai orang dah pernah jumpa beliau dan dengar ceramah beliau (siap ada gambar dengan beliau lagi) maka penulis boleh kata yang beliau ialah seorang 'alim muda yang tinggi ilmu dan baik peribadinya. Tak lokek untuk menyebarkan ilmu pada sesiapa sahaja. Orang yang macam beliau ni la yang sepatutnya dihormati... Bukan ditangkap macam terroris...
Apalah nak jadi dengan negaraku ini???


Sent from Haza Hilmy's BlackBerry® device

No comments:

Post a Comment