Sunday, June 28, 2009

Aktiviti Hari Sabtu (27 Jun 09)

Pagi:
Pergi ofis management di tingkat 7 untuk ingatkan diorang pasal program hari ni.

Mula Ops Bungkus sebab orang maintenance akan datang lepas lunch.


Tengahari:
Ops Bungkus selesai and bersiap untuk keluar (lepas solat Dzuhur).

Tinggalkan kunci dengan Pak Guard. Orang maintenance kata, pukul 8 malam baru boleh masuk rumah balik.

Nasib baik ada jemputan makan tengahari kat Sharjah (nasi kerabu, roti Sweetie dll).

Lepas Asar bertolak dari Sharjah ke JLT, melawat sahabat yang baru dapat baby.

Malam:
Lepas Maghrib, bertolak balik dari JLT. Rancangannya nak jumpa sahabat di area Karama... Tapi sebab jammed teruk, bagitau diorang, tak boleh nak jumpa. Jadi diorang datang ke rumah je la.

Dari Karama, terus balik ke rumah. Ambik kunci dengan Pak Guard dan terus check kerja diorang tengahari tadi. Hmmm, ok jugak walaupun masih lagi ada yang hidup.

Tengah bagi re-inforcement kat kerja diorang tengahari tadi, sahabat telefon... Dah sampai kat bawah dah.

Bawak family turun jumpa diorang, pok, pek, bla, bla kejap then salam-salam, naik atas balik.

Prepare untuk tidur... Sebab rumah macam tongkang pecah, anak beranak tidur kat ruang tamu. Penat gila... Besok kerja... Lagi 5 hari, lepas tu... Yee Haa!!!



Sent from MY BlackBerry® device

No comments:

Post a Comment