Saturday, December 27, 2014

Banjir

Assalamualaikum,

Musibah ataupun dugaan, ataupun kafarah? Bergantung kepada bagaimana kita memandangnya, dari perspektif mana kita melihatnya.

Yang penting, di saat ini, buangkan semua perbezaaan fikrah atau apa-apa pun perbezaan. Membantu saudara-saudara dan sahabat-sahabat kita yang dilanda musibah banjir besar ini adalah tanggungjawab kita semua. 


Gambar hiasan ehsan: MyNewsHub.cc

Jangan tanya dan kata siapa yang sepatutnya buat apa. Masing-masing ada tanggungjawab sendiri. Tidak kira berapa banyak yang kita bantu. Tidak kira berapa ringgit yang kita keluarkan/infaqkan. Tidak kira sekejap mana masa kita luangkan untuk membantu. Yang pentingnya ialah kita bantu semampunya. Semua itu, insyaAllah, ada harganya/nilainya di sisi Allah Ta'ala.

Allah Ta'ala berfirman (mafhumnya):

"Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keredaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat." 
(Surah Al-Baqarah, ayat 265)

Dan kepada saudara-saudara dan sahabat-sahabat yang sedang bergelut dengan musibah ini, ingatlah bahawa rahmat Allah itu sangat besar. Anggaplah apa yang berlaku ini sebahagian dari ujianNya yang sentiasa mahu hambaNya dekat denganNya. Bersabarlah dan banyakkan berdoa dan bermunajat kepadaNya.


Gambar hiasan ehsan: RakyatNews.my

Allah Ta'ala berfirman (mafhumnya):

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar...

...(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya."
(Surah Al-Baqarah, ayat 155-157)

Sama-samalah kita membantu semampunya. Mungkin ini masa mereka, mana tahu di masa hadapan nanti masa kita pula.

Sekian

BaarakAllahu fiikum

Ps: Jangan pedulikan mereka-mereka (para umara') yang pergi bercuti semasa musibah ini. Itu mereka akan jawab di hadapan Allah di Mahkamah AgungNya nanti. Kita lunaskan sahaja tanggungjawab kita.




No comments:

Post a Comment