Sunday, December 28, 2014

Doa semasa ditimpa musibah

Assalamualaikum,

Di antara kisah yang sangat masyhur ialah kisah Ummul Mukminin, Ummu Salamah Hindun binti Abu Ummayah (rodhiAllahu 'anha), yang terlalu sedih apabila kematian suaminya, Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad (rodhiAllahu 'anhu), selepas Perang Uhud.

RasuluLlah (solAllahu 'alaihi wasallam) ada mengajarkan doa berikut kepada Ummu Salamah, menerusi hadith:

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ  أَنَّهَا قَالَتْ  سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  يَقُولُ مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللَّهُ
   إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
  اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي  وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا 
إِلَّا أَخْلَفَ اللَّهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا  قَالَتْ فَلَمَّا مَاتَ أَبُو سَلَمَةَ قُلْتُ أَيُّ الْمُسْلِمِينَ خَيْرٌ مِنْ أَبِي سَلَمَةَ   أَوَّلُ بَيْتٍ هَاجَرَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  ثُمَّ إِنِّي قُلْتُهَا فَأَخْلَفَ اللَّهُ لِي رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  قَالَتْ أَرْسَلَ إِلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَاطِبَ بْنَ أَبِي بَلْتَعَةَ يَخْطُبُنِي لَهُ  فَقُلْتُ إِنَّ لِي بِنْتًا وَأَنَا غَيُورٌ فَقَالَ أَمَّا ابْنَتُهَا فَنَدْعُو اللَّهَ أَنْ يُغْنِيَهَا عَنْهَا وَأَدْعُو اللَّهَ أَنْ يَذْهَبَ بِالْغَيْرَةِ 
Dari Ummu Salamah sesungguhnya telah berkata telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap orang Islam yang ditimpa musibah lalu dia mengucapkan apa yang diperintahkan Allah iaitu: 
"Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Allah. Ya Allah, berikanlah aku pahala kerana musibah yang kuderitai dan gantikan yang lebih baik"
 Nescaya Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik" Ummu Salamah berkata : "Setelah Abu Salamah (suaminya) meninggal dunia saya mengatakan (dalam hati) siapakah orang-orang Islam yang lebih baik dari Abu Salamah orang pertama yang hijrah bersama keluarganya kerana (mematuhi) Rasulullah s.a.w.? Kemudian saya mengucapkannya sekali lagi. Lalu Allah menggantikannya dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. mengutus Hatib bin Abu Baita'ah meminang saya untuk menjadi isteri beliau. Saya menjawab, bahawa saya mempunyai seorang anak perempuan dan saya seorang perempuan yang cemburu. Beliau menjawab: "Adapun anak perempuannya. Kita doakan supaya dicukupkan Allah keperluannya dan tidak tergantung keperluannya kepada ibunya dan aku mendoakan supaya Allah menghilangkan cemburunya".
(H. R. Muslim)
Selamat beramal, insyaAllah
BaarakAllahu fiikum

No comments:

Post a Comment