Tuesday, August 04, 2009

ISA

Beberapa hari lepas puluhan ribu rakyat Malaysia dari pelbagai agama, kaum dan bangsa berkumpul di Ibukota. Tujuannya hanyalah satu... untuk menyampaikan satu memo kepada YDP Agong tentang perlunya suatu undang-undang yang bernama Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan (khabarnya ada juga kumpulan yang berhimpun untuk menyokong akta ini pada hari yang sama, tapi kurang mendapat perhatian... terutama dari pihak berkuasa).

Pada hematnya aku bukanlah ahli politik atau aktivis untuk mana-mana badan... tetapi aku dah banyak baca tentang bagaimana akta ini digunakan untuk mengekang mereka-mereka yang di”cop” boleh membawa bahaya kepada keselamatan negara.

Ya, baiklah...ada juga logiknya ISA ni. Tapi apa yang menghairankan, hanya mereka yang menjadi peneraju dan penyokong parti yang tak sehaluan dengan parti-parti kerajaan pulak yang selalu kena tangkap. Khabarnya akta ni membolehkan pihak berkuasa menangkap mereka yang disyaki boleh membawa bahaya kepada keselamatan negara. Jadi sejak beberapa tahun ni, maka ramailah mereka yang di”cop” sedemikian ditangkap. Yang bestnya, mereka yang ditangkap ni, majoritinya, tidak dibawa ke muka pengadilan.... Cuma “disimpan” dipusat tahanan untuk disoal siasat. Hehehe....ada yang kena soal siasat sampai 8 tahun....

Ini menunjukkan pihak berkuasa kita ni tak pandai menyoal siasat.... mungkin tak belajar betul-betul dari siri-siri TV macam Law & Order, CSI, Numb3rs, TJ Hooker, Starsky & Hutch dan lain-lain. Kalau tak, takkanlah ada yang dah bertahun-tahun terpaksa berpisah dengan anak isteri....dan dah bertahun-tahun anak-anak hilang kasih sayang ayah dan isteri hilang belaian suami. Banyak dah keluarga yang menderita sebab hilang orang yang selama ni jadi “bread winner”. Atas alasan apa mereka ditangkap? Wallahu a’lam... Takkan nak soal siasat ambik masa terlalu lama?

Tapi yang pastinya, akta ni memang sepatutnya dah takde lagi dah.... Kalau tak salah Allahyarham Tun Razak dulu kata akta ni hanyalah untuk mengekang bahaya pengganas komunis. Rasanya Arwah Bapa Pembangunan Malaysia ni pun tak pernah terfikir pun yang akta yang dia bawa ke Parlimen dulu akan digunakan oleh kerajaan (termasuklah anaknya PM sekarang ni) untuk tangkap ustaz-ustaz, aktivis-aktivis hak asasi manusia, pemberita, penulis blog...dan yang lebih teruk lagi ialah ahli-ahli politik dari parti-parti pembangkang (tak pernah pulak dengar ahli-ahli politik dari parti-parti kerajaan yang kena tangkap.....Pelik, kan?). Ada juga yang sepatutnya jadi saksi, jadi plaintif...ditangkap.... Pelik juga, kan?

Selalunya bila aku cakap macam ni.... maka adalah di kalangan kawan-kawan dan sahabat yang kata aku ni anti-kerajaan lah, sokong pembangkang lah, tak bersyukur kat kerajaan sebab bantu bayar untuk pendidikan aku lah.... Dari satu segi memanglah betul.... Tapi sebagai seorang Muslim, kita diajar supaya berlaku adil... tak kiralah kepada siapa....tak kiralah samada orang-orang tu berlainan fahaman agama atau ideologi politik... ataupun sekadar berbeza pendapat. Jikalau betul seseorang tu bersalah...siap dengan bukti-bukti dan saksi-saksi...maka hadapkan dia ke mahkamah, dakwa dia....bagi dia perbicaraan yang adil.... kalau terbukti bersalah tanpa keraguaan yang munasabah, maka hukumlah dia.... “Innocent until proven guilty”....

Kalau keadilan tak ada dalam negara, maka visi untuk jadi negara maju akan tinggal visi sahaja..... Sebab dalam sesebuah negara maju, kerajaan dan rakyatnya juga mestilah ada mentaliti negara maju.... Apa dia mentaliti negara maju? Kalau nak tulis....”confirm” menjela-jela.... Faham-faham sendirilah...cubalah tengok negara-negara maju.... tapi tengok yang “part-part” yang baik je lah...kemudiannya, cuba “assimilate” ke dalam konteks negara pelbagai kaum macam kita.... Mungkin susah, tapi kalau tak mula, sampai bila pun kita akan “tersangkut” kat “3rd World mentality”.... sampai bila pun kita takkan maju...

Rakyat berdemo, bukan sebab rakyat benci kerajaan.... tapi sekadar untuk suarakan ketidakpuasan hati kepada sesuatu isu.... takkan lah itu pun membahayakan keamanan.... “come on” la bang.... Cuba ingat balik, kerajaan dipilih oleh majoriti rakyat.... ye betul...tapi janganlah lupa kepada yang “minoriti”. Diorang pun rakyat Malaysia jugak...bayar bermacam-macam cukai kat kerajaan.... Tapi bila diorang cuba “tegur” kerajaan....kerajaan buat “dek” je.... terlalu sibuk meng”hibur”kan hati yang majority tu je.... mana boleh...tak adil lah namanya....

Jadi sebagai penutupnya.... renung-renungkan lah.... jangan jadikan kuasa yang ada pada kita tu sebagai benda yang buat kita buta.... dan jangan lupa, nanti di Hari Akhir kita akan ditanya oleh Allah apa yang kita buat dengan kuasa yang kita ada....

Apa kita nak jawab nanti?

No comments:

Post a Comment