Sunday, August 30, 2009

Lembu Punya Kepala, Islam Yang Dapat Nama

Memang tak bertanggungjawab dan berfikiran sempit la orang yang buat kerja ni.

Dalam kitab Ustaz mana entah diorang dapat Dalil bahawa kita boleh menghina agama lain demi mempertahankan Islam. Bukan ke dalam Quran dah ada sebut, "jangan hina agama lain, nanti diorang akan hina Islam" (terjemahan lebih kurang).

Islam ajar kita supaya berfikiran terbuka... Jangan sempitkan fikiran tu. Islam juga ajar kita hormat kat agama lain... Supaya diorang hormat pada Islam.

Walaupun nak jadi hero, janganlah sampai nama Islam tercemar. Negara ni ada undang-undang dan peraturan... Ada mahkamah... Kalau rasa tak puas hati, gunakanlah saluran yg betul. Janganlah lembu yg tak berdosa tu jadi mangsa pulak.

Lagipun, bukan ke lembu tu makanan kita... Kenapa lak di'kaki-kaki'kan... Mak bapak tak ajar ke hormati makanan?

Satu hal lagi... Badan lembu tu pegi mana? Buat kenduri ke? Makan masa bila tu? Hehehe, tak elok tau buat kerja-kerja camni masa bulan Ramadhan yg mulia ni.

Sent from Haza Hilmy's BlackBerry® device

No comments:

Post a Comment